UM telah keluarkan iklan untuk SLAB/SLAI bagi tahun 2012 ni. Apa tu SLAB/SLAI? SLAB ni Skim Latihan Akademik Bumiputra/IPTA. Sesiapa berminat nak sambung belajar sepenuh masa boleh rujuk maklumat lanjut di sini.
Ramai cakap bestnya sambung belajar. Best memanglah best sebab tak perlu kerja 8 to 5. Elaun pun masuk tiap-tiap bulan. Memang flexible la. Tapi, banyak juga tanggungjawabnya. Bukan senang nak study bila dah berkeluarga ni. Lelaki mungkin no problem (sebab boleh balik rumah - mandi, makan pastu sambung study). Kita perempuan ni balik rumah banyak pula benda lain menanti - nak sedia makan, mandi anak, kemas umah, lipat kain..dan banyak lagi. Settle kerja rumah nak tidurkan anak - pastu memang kirim salam nak bangun dah sebab bateri dah flat.
Semangat memang kena waja dan kuat. Macam Ibu - kalau dulu pergi UM memang kat lab akan fokus siapkan kerja ikut schedule. So balik rumah memang fokus kerja rumah. Tapi sekarang memandangkan belum ada siapa nak jaga amani, so Ibu duduk rumah. Memang dugaan besarla nak study di rumah. Memang lagi best bergolek dengan amani :P.
Apa-apa pun azam kena kuat - lebih-lebih yang full research. Hati kena tabah. Setakat menangis seround dua dan rasa nak hentuk kepala kat dinding tu - err memang biasala. Kena banyak tawakal pada Allah dan doa supaya Allah permudahkan urusan kita. Besar pahala belajar ni dan lagi besar pahala bila kita menabur ilmu bila selesai belajar nanti. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment