YouTube Channel

Monday, April 27, 2020

Cabaran seorang Ibu semasa PKP

Satu dunia sekarang dilanda ancaman virus Covid19. Pada masa ini (27/4/2020), Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini bermula pada 18/3/2020 lepas. 

Ya, sebagai Ibu, LS suka PKP kerana dapat bersama dengan anak sentiasa. Tak perlu risau mereka ke sekolah dan terdedah kepada bahaya Covid19. 

Tetapi, as penyelidik dan pekerja, PKP merupakan masa yang paling mencabar. Ramai yang menggunakan masa dalam PKP dengan sebaiknya, membaca tesis, menulis artikel dan sebagainya. Tapi sebagai seorang Ibu yang mempunyai anak kecil, ia tidaklah semudah yang disangka.


Sebagai Ibu, kita ada banyak tanggungjawab di rumah, memasak, mengemas, melayan si kecil, melayan si bapa, pantau kerja sekolah anak dan sebagainya. Itu termasuk sekiranya ada anak kecil yang kerjanya ikut buntut. Takut Ibu hilang agaknya 😂.

Bagi LS, siang LS hanya dapat buat kerja-keja Admin yang tak perlukan tahap fokus yang tinggi. Kalau nak kena edit tesis atau arikel pelajar, memang kena jadi burung hantu. Awal-awal struggle, now boleh ekjas sikit jadual. Cuma tak seproduktif kalau di pejabatlahkan. 

Satu saja, kalau dah mula rasa stress. Let it go. Tinggal kerja tu sekejap, layan anak. Pi masak ke, rehat tengok tv ke. Emosi kita kena jaga. Jangan sampai rasa tertekan sebab apa yang kita plan tak boleh buat. Banyakkan solat dan tenangkan hati. Tak sempat buat hari ni, kita replan, Insyaallah esok boleh siapkan.

Takpa Ibu-Ibu semua, stay strong 💪💪. Allah kuatkan kita Insyaallah.

Dari Ibu anak 5 💓


No comments:

Post a Comment