YouTube Channel

Tuesday, May 4, 2021

Remove Background Signature

Now, most work done online. The digital signature becomes vital. To make the signature transparent  -without background. I used the below tool - easy. You just need to Upload then after they process, Download the image. 




Click this link: https://www.remove.bg/upload

Thursday, March 4, 2021

My YouTube Channel - Liyana Shuib

Ini bolehla dipanggil hasil PKP. Tahun lepas, mengambil kesempatan untuk explore YouTube, how to design video dan sebagainya.

Menarik rupanya buat video ni - memaksa sisi seniku keluar. Haha. Terhasillah beberapa video untuk kegunaan pelajar. Plan to add more tapi masa belum mengizinkan. Nak hasilkan sesebuah video tu perlukan masa yang agak lama untuk plan, rakam (kang masuk suara anak menangis la), dan juga edit. Mungkin juga sebab belum biasa.

Masa agak terhad bila WFH ni. Jadi setakat mana mampu dulu. Insyaallah plan jangka panjang akan explore lagi.

Sekiranya sudi jemputlah Subscribe YouTube Liyana Shuib.

Liyana Shuib YouTube



Monday, April 27, 2020

Cabaran seorang Ibu semasa PKP

Satu dunia sekarang dilanda ancaman virus Covid19. Pada masa ini (27/4/2020), Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini bermula pada 18/3/2020 lepas. 

Ya, sebagai Ibu, LS suka PKP kerana dapat bersama dengan anak sentiasa. Tak perlu risau mereka ke sekolah dan terdedah kepada bahaya Covid19. 

Tetapi, as penyelidik dan pekerja, PKP merupakan masa yang paling mencabar. Ramai yang menggunakan masa dalam PKP dengan sebaiknya, membaca tesis, menulis artikel dan sebagainya. Tapi sebagai seorang Ibu yang mempunyai anak kecil, ia tidaklah semudah yang disangka.


Sebagai Ibu, kita ada banyak tanggungjawab di rumah, memasak, mengemas, melayan si kecil, melayan si bapa, pantau kerja sekolah anak dan sebagainya. Itu termasuk sekiranya ada anak kecil yang kerjanya ikut buntut. Takut Ibu hilang agaknya 😂.

Bagi LS, siang LS hanya dapat buat kerja-keja Admin yang tak perlukan tahap fokus yang tinggi. Kalau nak kena edit tesis atau arikel pelajar, memang kena jadi burung hantu. Awal-awal struggle, now boleh ekjas sikit jadual. Cuma tak seproduktif kalau di pejabatlahkan. 

Satu saja, kalau dah mula rasa stress. Let it go. Tinggal kerja tu sekejap, layan anak. Pi masak ke, rehat tengok tv ke. Emosi kita kena jaga. Jangan sampai rasa tertekan sebab apa yang kita plan tak boleh buat. Banyakkan solat dan tenangkan hati. Tak sempat buat hari ni, kita replan, Insyaallah esok boleh siapkan.

Takpa Ibu-Ibu semua, stay strong 💪💪. Allah kuatkan kita Insyaallah.

Dari Ibu anak 5 💓