1.1 Kelayakan Asas
i.
Warganegara Malaysia
ii.
Anggota koperasi ahli ANGKASA atau
kakitangan koperasi ahli ANGKASA atau anak anggota koperasi ahli ANGKASA atau
anak kakitangan ANGKASA
iii.
Ijazah Sarjana Muda (Degree)
Berumur tidak melebihi 25 tahun untuk anak anggota dan anak kakitangan
ANGKASA dan tidak melebihi 40 tahun untuk anggota dan kakitangan koperasi
ahli ANGKASA pada tarikh permohonan
Sarjana (Master)
Berumur tidak melebihi 30 tahun untuk anak anggota dan anak kakitangan
ANGKASA dan tidak melebihi 40 tahun untuk anggota dan kakitangan koperasi
ahli ANGKASA pada tarikh permohonan
Doktor Falsafah (PhD)
Berumur tidak melebihi 40 tahun untuk anak anggota dan anak kakitangan
ANGKASA dan tidak melebihi 45 tahun untuk anggota dan kakitangan koperasi
ahli ANGKASA pada tarikh permohonan
iv.
Telah menerima surat tawaran dari
mana-mana IPTA/IPTS
1.2 Kelayakan
Akademik
1.2.1 Ijazah Sarjana
Muda ( Jumlah Pinjaman : RM4,500 – RM6,500 setahun )
i.
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5A dan kepujian dalam Bahasa
Melayu / Malaysia atau
· Lulus Diploma atau
Matrikulasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.00 atau
· Lulus Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM) atau yang diiktiraf setaraf dengan mendapat
sekurang-kurangnya (B-) dalam mata pelajaran Pengajian Am dan 2 mata
pelajaran yang lain atau
· Lulus Sijil Tinggi
Agama Malaysia (STAM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5
kelulusan Jayyid – Jiddan dari mana-mana mata pelajaran dan berpengetahuan
dalam bidang pengkomputeran dan Bahasa Inggeris.
1.2.2 Sarjana (Master)
( Jumlah Pinjaman : RM18,000 untuk 2 Tahun )
i.
Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan
mendapat sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.00
1.2.3 Doktor Falsafah
(PhD) ( Jumlah Pinjaman : RM20,000 untuk seluruh program )
i.
Lulus Sarjana (Master) dengan mendapat
sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.0
2.0 SYARAT AM
i.
Pelajar Tahun Pertama Pengajian (Surat
tawaran Universiti adalah pada tahun yang sama ketika memohon pinjaman)
ii.
Mesti mempunyai bukti keahlian koperasi
yang berdaftar di bawah ANGKASA
iii.
Tidak mendapat sebarang bantuan
kewangan/biasiswa daripada mana-mana penaja lain.
iv.
Minima empat (4) tahun pengajian (bagi
mod pengajian sepenuh masa sahaja)
3.0 BIDANG PENGAJIAN
Keutamaan diberikan
kepada pelajar-pelajar yang mengikuti bidang pengurusan koperasi, pengurusan
kewangan, pengurusan perniagaan, pengurusan pelaburan, perakaunan, ICT,
undang-undang, kejuruteraan, bioteknologi, sains sukan / kokurikulum dan
bidang-bidang yang relevan dengan pembangunan koperasi. Pinjaman ini tidak
membiayai bidang perubatan serta pengajian di luar negara.
|