YouTube Channel

Friday, January 25, 2013

PhD Bootcamp

Minggu lepas LS pergi PHD Bootcamp. Bootcamp ni bukanlah ada tunjuk ajar ke workshop ke. Tapi just macam kena duduk dan hadap tesis tu. Tiga hari dari Jumaat sampai Ahad. Ada yang komen kata tak seperti yang diharapkan - maybe diorang expect akan ada yang bagi bimbingan berkenaan kaedah penyelidikan dan sebagainya. Tapi bagi LS, LS suka. Memang objektifnya, memang nak kita duduk dan buat. Yelah kalau dah hujung-hujung ni - kot kata kaedah kita salah - hoho - memang berlagu air mata la. Sekarang ni memang peringkat - hadap dan tulis je.
 
 
 


Yelah kalau kat rumah tu kan ke banyak dugaan - mana nak urus rumah dan mana nak layan anak. Kat lab tu ok sikit, tapi kat sini jadi semangat sebab semua orang gigih menulis sebab nak submit. LS memang semangat sebab die buat Sabtu/Ahad. Selalu kalau weekend ni kat rumah kurang produktif - so pergi bootcamp ni banyak juga boleh buat. Berjayala compile whole thesis in one file dan format apa-apa yang patut.





Mengantuk ke takde mood ke kena buat juga :P
 
Nampak senang je kan nak compile semua chapter masuk dalam satu fail. Tapi senang tak senang makan 3 hari la juga. Huhu. Bestnya lagi sebab makan free. Hehe. Siap ada sedia biskut dan air panas segala. Memang bestlah. Heh. Memang perjuangan yang hebat ni - memang ikut hati dah penat tapi tabahkan je ni. Sikitttt lagi. Huhu.Doakanlah ye.

No comments:

Post a Comment