YouTube Channel

Monday, March 11, 2013

Minat, Yakin dan Cekal

Kenapa PhD? Banyak sebab orang memilih untuk melanjutkan pelajaran sehingga peringkat PhD. Ada sebab kerjaya, ada sebab keluarga dan ada sebab demi kepuasan diri. Tapi walau apa pun sebab, minat dan keyakinan perlu sentiasa disematkan di hati.
 
Kenapa perlu ada minat? Bila kita minat dengan apa kita buat, Insyaallah semuanya menjadi lebih mudah. Walaupun susah, kita berusaha juga menjayakannya. Kita fikir juga jalan untuk memastikan apa yang kita buat tu beroleh hasilnya.
 
Kenapa pula perlu ada keyakinan? Kita perlu yakin dengan diri kita dan kebolehan kita. Ya semua orang masih dalam fasa belajar, kita akan buat salah. Itu sudah pasti. Tapi kita mesti yakin, kesalahan hari ni kita jadikan panduan untuk esok. Jangan mudah mengalah bila bertembung dengan kesukaran. Kita perlu yakin setiap masalah ada penyelesaiannya. Insyaallah.
 
Satu lagi yang perlu ada ialah kecekalan. Semangat perlu kuat untuk mengharungi ranjau dan onak PhD. Dugaan bukan sahaja datang dalam bentuk kesukaran mendapatkan rujukan atau data, kesukaran untuk membangunkan aplikasi atau lain-lain kesukaran ilmiah. Dugaan paling besar datang daripada persekitaran dan diri sendiri seperti pembahagian masa, masalah keluarga, masalah kewangan dan lain-lain yang bukan sahaja melibatkan kita malah orang di sekitar kita.
 
Jadi dengan adanya minat, yakin dan cekal ni - Insyaallah Allah permudahkan urusan kita. Banyakkan amalkan doa. Apa sahaja usaha - insyaallah ada habuannya.
 
 
 

No comments:

Post a Comment